Saturday, December 13, 2014

2014, suku abad dan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk mengemaskini blog, Jarang-jarang muncul sekali beserta dengan satu khabar.

 Bulan baru serta tahun baru hijrah (1436) telah melewati kita semua. Usia dan angka umur kita juga meningkat, semakin matang dan sedikit sisa hayat yang tinggal.
Tahun baru masihi (2015) akan menjelma tinggal kurang lebih 14
hari lagi.


 2014 BAKAL BERLALU

Ini adalah catatan penghujung tahun 2014, suka duka kongsi bersama semoga jadi panduan untuk hari nendatang2014


2014 bakal meninggal kita semua tidak beberapa hari lagi



365 hari menggenapkan angka untuk tahun 2014, diloretkan semula, diukir kembali untuk menjadi panduan masa hadapan. Suasana 2014 berbeza 2013, begitu juga akan datang. Urusan harian peribadi serta kerja ditulis kembali. Ada yang lancar, ada yang sebaliknya. Menetap di kota raya jauh beza dengan kampong. Memasuki tahun 2014 aku masih lagi bekerja di bahagian  retial. Kerja yang cuma dibayar dengan gaji pokok sebanyak RM900, ditambah dengan elaun sebanyak RM200 serta kerja lebih masa. Pada tahun sebelumnya OT aku ckup banyak sehinggalah aku terpaksa menolak daripada membuatnya.

 Tahun 2014 setelah syarikat tempat aku kerja mengalami masalah kewangan, maka staf yang menjadi mangsa. Kami diberi tugasan dalam masa sama ramai staf yang berhenti tanpa notis. Tugas berat serta OT dikurangkan membuatkan aku terkesan. Gaji aku yang biasa dapat tidak kurang RM1400, kini tinggal tidak lebih RM1200 sebulan. Ramai yang tertekan ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, membuatkan aku mengambil keputusan berhenti dari situ.


 Aku berhenti dengan notis akhir bertarikh 24 april 2014.


 MENDAPAT KERJA BAHARU

 Semasa di tempat kerja lama aku, panggilan masuk tetapi aku tidak boleh menjawabnya kerana semasa kerja telefon bimbit perlu disimpan di dalam loker. Aku hanya mengetahui ada panggilan masuk apabila waktu rehat sahaja. Aku tidak mengetahui siapa pemanggailnya kerana panggilan dibuat menggunakan telefon pejabat. Aku pula tidak tahu ingin bercakap dengan siapa jika aku menghubungi nombor tersebut. Aku tidak putus asa, tidak juga berhenti setakat itu sahaja. Aku nekad menghubunggi nombor tersebut. Rupanya nombor itu adalah nombor pejabat bakal tempat kerja aku. Hatiku cukup gembira kerana cukup lama aku menunggu untuk mendapat kerja baharu.

 Aku  menerima surat tawaran kerja serta menandatangani perjanjian kontrak. Aku dikehendaki melaporkan diri pada 2Mei.
aku ditawarkan kerja sebagai operator telefon ( command centre). Alhamdulillah gaji yang ditawarkan di sini tinggi daripada gaji tempat kerja lama aku dulu

Bergambar dengan latar belakang monitor CCTV


Cukup berbeza sekali tempat kerja aku sekarang dengan yang dahulu. Cukup mudah kerjanya kadang kala sukar jug, tetapi atas ilmu yang dipelajari semasa menuntut dulu membuatkan aku cukup yakin untuk melakukan kerja ini. Bidang yang dipelajari tidak jauh beza memudahkan kerja seharianku. Aku cukup seronok, gembira dengan kerja sekarang. Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki.

 Sekarang genap 7 bulan aku bekerja di situ. Aku masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan tugas- tugas yang bakal mendatang. Rakan-rakan yang banyak menolong aku. Kerja berpasukan mesti ada sifat sabar, tolong-menolong. Terima kasih kalian semua. Aku hargai semuanya.



Sebahagian daripada rakan-rakanku di tempat kerja

Sekitar bengkel pengurusan kerja pada hari terakhir

Sepanjang tempoh aku di sini, pelbagai ragam manusia dapat aku perhatikan. Apabila berada di tempat tersembunyi maka macam-macam boleh berlaku. Aku cukup seronok menimba pengalaman di sini.


 2015 CABARAN MENDATANG



Harapan serta cabaran menanti pada tahun 2015




 Apabila disebut tahun baharu, maka bersemangatlah dengan azam serta harapan untuk membawa diri mara ke hadapan. Masih sempat lagikah untuk menunaikannya dengan hanya baki tidak beberapa hari sahaja lagi. Jarang orang bicarakan soal azam yang masih belum berjaya. Adakah disebabkan tidak yakin? Ia boleh diulang-ulang sehinggalah membuahkan hasil.



























Saturday, October 11, 2014

Dulu, kini dan akan datang.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua. Apa khabar, harapan aku kalian semua sihat walafiat.

Setelah lama menyepikan diri daripada mengemaskini blog, kini aku muncul dengan nota serta catatan terkini. Seingat aku, kali terakhir aku post artikal adalah pada bulan mac 2012, kira-kira dua tahun setengah yang lepas. Ertinya sudah lama aku tak mempedulikan blog ini. 

Dulu selalu juga post sebab banyak masa terluang, kadang-kadang sambil menyiapkan assainment pun boleh menaip post. Kini setelah tiga tahun habis belajar serta dua tahun membina kerjaya, inilah kali pertama aku post artikal terbaru.

Sekarang aku sudah bekerja, nak kata berjaya dalam hidup rasanya belum lagi, tapi alhamdulillah Allah bagi aku tezeki setakat tu. Aku amat bersyukur kerana aku memiliki apa yang kawan-kawan kalian semua ada. Berusaha dengan perlahan-lahan insya-Allah dapat apa yang diimpikan.

Setelah tamat belajar aku mula mencari kerja yang sesuai. Pengalaman ditemuduga begitu mencabar bagi aku, lebih-lebih lagi belum pernah lagi aku ditemuramah. Perasaan tu tak terkata la 'kan'? Akhirnya dapat juga, walaupun gaji permulaan tu tak dapat menampung kos kehidupan sekarang. Tahu-tahulah dengan gaji bawah 2K pun belum mencukupi walaupun hidup masih lagi bujang. Kalian pun akan rasa sebagaimana macam aku ni. Sukar untuk meneruskan hidup dengan keadaan kos sara hidup sekarang.

Tu lah sedikit sebanyak aku cerita.okey chau dulu.