Saturday, October 11, 2014

Dulu, kini dan akan datang.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua. Apa khabar, harapan aku kalian semua sihat walafiat.

Setelah lama menyepikan diri daripada mengemaskini blog, kini aku muncul dengan nota serta catatan terkini. Seingat aku, kali terakhir aku post artikal adalah pada bulan mac 2012, kira-kira dua tahun setengah yang lepas. Ertinya sudah lama aku tak mempedulikan blog ini. 

Dulu selalu juga post sebab banyak masa terluang, kadang-kadang sambil menyiapkan assainment pun boleh menaip post. Kini setelah tiga tahun habis belajar serta dua tahun membina kerjaya, inilah kali pertama aku post artikal terbaru.

Sekarang aku sudah bekerja, nak kata berjaya dalam hidup rasanya belum lagi, tapi alhamdulillah Allah bagi aku tezeki setakat tu. Aku amat bersyukur kerana aku memiliki apa yang kawan-kawan kalian semua ada. Berusaha dengan perlahan-lahan insya-Allah dapat apa yang diimpikan.

Setelah tamat belajar aku mula mencari kerja yang sesuai. Pengalaman ditemuduga begitu mencabar bagi aku, lebih-lebih lagi belum pernah lagi aku ditemuramah. Perasaan tu tak terkata la 'kan'? Akhirnya dapat juga, walaupun gaji permulaan tu tak dapat menampung kos kehidupan sekarang. Tahu-tahulah dengan gaji bawah 2K pun belum mencukupi walaupun hidup masih lagi bujang. Kalian pun akan rasa sebagaimana macam aku ni. Sukar untuk meneruskan hidup dengan keadaan kos sara hidup sekarang.

Tu lah sedikit sebanyak aku cerita.okey chau dulu.

No comments:

Post a Comment